KALENDAR AKTIVITI

Takwim
Jun 2024
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
     
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
PROGRAM SEMARAK SUBUH 2024

28 Jun 2024 | Surau Al-Mukminun, Jalan Penyiaran, Taman Universiti

Alhamdulillah Program Semarak Subuh telah berlangsung di Surau Al-Mukminun, Jalan Penyiaran, Taman Universiti. Program ini dimulakan dengan solat subuh, bacaan 10 ayat awal dan akhir surah Al-Kahfi, seterusnya tazkirah ringkas. YB Datuk Haji Pandak bin Haji Ahmad, ADUN Kota Iskandar, bersama En. Fakhrul Zafran bin ABSL Kamarul Azman, Ahli Majlis Taman Universiti dan En. Abdul Halim bin Abdullah, Ketua Kampung Melayu Lima Kedai hadir mengimarahkan Semarak Subuh. Turut mengimarahkan program ini adalah Tuan Haji Yusof bin Ahmad, Ahli Majlis MBIP Zon Kota Iskandar; Y.M. Ungku Ahmad bin Ungku Haji Mohd Zakaria, Pengarah Pembangunan Masyarakat MBIP serta kariah sekitar Mukim Pulai. Sumbangan daripada Majlis Bandaraya Iskandar Puteri disampaikan oleh YB ADUN Kota Iskandar kepada Pengerusi Jawatankuasa Masjid sebagai tanda penghargaan. Ahli Majlis Zon Taman Universiti turut menyampaikan sumbangan bakul makanan MBIP. Semoga sentiasa istiqamah mengimarahkan semarak subuh.










PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri