KALENDAR AKTIVITI

Takwim
Jun 2024
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
     
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
SESI TOWNHALL KOMUNITI BERSAMA DATUK BANDAR DAN AHLI MAJLIS ZON MUTIARA RINI, MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI
SESI TOWNHALL KOMUNITI BERSAMA DATUK BANDAR DAN AHLI MAJLIS ZON MUTIARA RINI, MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI
30 Jun 2024 | Dewan Seminar Al-Zuhry, Masjid Al-Jawahir Mutiara Rini

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah mengadakan satu sesi townhall bersama Datuk Bandar dan Ahli Majlis Zon Mutiara Rini. Tujuan sesi townhall ini diadakan adalah untuk mendapatkan pendapat, pandangan serta mendengar aduan daripada penduduk dalam kawasan Mutiara Rini. Yang Berhormat Dato' Haji Mohd Haffiz bin Haji Ahmad, Datuk Bandar MBIP bersama En. Hafiz bin Abdullah Hashim, Ahli Majlis Zon Mutiara Rini, dan Yang Berhormat Datuk Pandak bin Haji Ahmad, ADUN Kota Iskandar, hadir dalam sesi townhall tersebut. Program dimulakan dengan sesi soal jawab dan aduan daripada wakil pemimpin masyarakat setempat kepada pihak pengurusan MBIP. Segala aduan akan dipanjangkan kepada jabatan-jabatan yang terlibat untuk tindakan segera dan dibawa dalam sesi mesyuarat jawatankuasa akan datang. Turut hadir, En. Fakhrul Zafran bin ABSL Kamarul Azman, Ahli Majlis Zon Taman Universiti; Haji Yusof bin Ahmad, Ahli Majlis Zon Kota Iskandar, En. Shahrulizam bin Abdul Rashid, Timbalan Setiausaha MBIP; Tuan Muhammad Ridwanto bin Syaful Anwar, Pengerusi Masjid Al-Jawahir Mutiara Rini, Pengarah-pengarah Jabatan/Unit MBIP serta pemimpin-pemimpin masyarakat setempat.

Terima kasih kepada semua yang terlibat memberikan pendapat/pandangan dalam sesi townhall ini.









PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri