Takwim
Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |
8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 |
15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 |
22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 |
29 | 30 | 31 |
LAWATAN TEKNIKAL PENGGUNAAN ‘SMART PARKING’ DARIPADA MAJLIS PERBANDARAN KULAI KE MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI
4 Julai 2024 | Iskandar Puteri
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah menerima lawatan teknikal daripada Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) yang bertujuan mendapatkan perkongsian ilmu berkaitan Penggunaan ‘Smart Parking’ di Kawasan MBIP. YM Raja Abu Bakar bin Raja Yahya, Pengarah Penguatkuasaan MBIP menyambut baik delegasi MPKu yang diketuai oleh Encik Jeffry bin Ramli, Ketua Jabatan Khidmat Pengurusan MPKu yang disertai Ketua-ketua Jabatan / Bahagian / Unit serta Pegawai dan wakil jabatan MPKu. Dalam sesi lawatan ini, delegasi MPKu didedahkan dengan pelaksanaan ‘Smart Parking’ di lapangan dan juga dari segi pentadbiran oleh Jabatan Penguatkuasaan MBIP dan Southmax Sdn Bhd, iaitu syarikat yang dilantik bagi pelaksanaan ‘Smart Parking’ di Kawasan MBIP. Diharap sesi perkongsian ilmu ini dapat menjadi sumber maklumat dalam memperkasakan pengurusan Pihak Berkuasa Tempatan, terutamanya di negeri Johor.