Takwim
Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |
8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 |
15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 |
22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 |
29 | 30 | 31 |
SESI TOWNHALL BAGI PEMOHONAN LESEN PERNIAGAAN
4 Julai 2024 | Dewan Serbaguna, Wisma MBIP Skudai
Satu sesi townhall bersama peniaga-peniaga telah diadakan bersama Encik Loh Woei Der, Ahli Majlis Zon 16 : Sri Skudai. Sesi townhall ini turut dihadiri Encik Lim Soon Hai dan Puan Tan Hiang Kee, Ahli-ahli Majlis MBIP, Puan Nurulain binti Rahmat, Pengarah Pelesenan, Puan Norhafizah binti Ahamad, Pengarah Bangunan, Gs. TPr. Chew Lee Ting, Penolong Pengarah Perancangan Pembangunan, Encik Ainul Haziq bin Abd. Ghani, Penolong Pengarah Penguatkuasaan dan Pegawai- pegawai jabatan berkaitan. Sesi townhall ini diadakan adalah dengan tujuan untuk memberi pendedahan berkenaan permohonan lesen perniagaan dan iklan, ubah suai bangunan kedai, kesesuaian aktiviti perniagaan di zon Sri Skudai dan permohonan rizab tempat letak kenderaan melalui aplikasi parkir kenderaan iaitu Parkmax@Johor yang telah dilancarkan pada 1 Julai 2024. Terima kasih kepada peniaga yang telah meluangkan masa menghadiri taklimat dan bersoal jawab pada sesi townhall ini.