KALENDAR AKTIVITI

Takwim
Julai 2024
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
    
PROGRAM SEMARAK SUBUH 2024
Program Semarak Subuh telah berlangsung dengan memberangsangkan di Surau Assyakirin, Jalan Kebangsaan, Taman Universiti. Program ini dimulakan dengan solat subuh, bacaan 10 ayat awal dan akhir surah Al-Kahfi, seterusnya tazkirah ringkas.
Yang Berhormat Dato' Haji Mohd Haffiz bin Haji Ahmad, Datuk Bandar MBIP; Datuk Haji Pandak bin Haji Ahmad, ADUN Kota Iskandar; Yang berhormat Profesor Dato' Dr. Kassim bin Thukiman, Ahli Penasihat Jumaah Majlis DiRaja Johor; Yang Berhormat Dato' TPj Haji Azmi bin Haji Alias, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Johor; Tuan Haji Yosree bin Ikhsan, Timbalan Pengarah Operasi, Jabatan Agama Islam Negeri Johor; En. Fakhrul Zafran bin ABSL Kamarul Azman, Ahli Majlis Zon Taman Universiti; En. Abdul Halim bin Abdullah, Ketua Kampung Melayu Lima Kedai; ahli-ahli qariah surau sekitar Taman Universiti serta pegawai-pegawai MBIP turut hadir mengimarahkan Semarak Subuh.
Sumbangan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri disampaikan oleh YB Datuk Bandar MBIP kepada En. Ahmad Zulkepli bin Md Tamami, Pengerusi Jawatankuasa Surau Assyakirin sebagai tanda penghargaan.
Semoga sentiasa istiqamah mengimarahkan semarak subuh.










PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri