KALENDAR AKTIVITI

Takwim
Julai 2024
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
    
SESI TOWNHALL KOMUNITI BERSAMA DATUK BANDAR DAN AHLI MAJLIS ZON TAMAN UNIVERSITI, MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri telah mengadakan satu sesi townhall bersama Datuk Bandar dan Ahli Majlis Zon Taman Universiti. Tujuan sesi townhall ini diadakan adalah untuk mendapatkan pendapat, pandangan serta mendengar aduan daripada penduduk dalam kawasan Taman Universiti.
Yang Berhormat Dato' Haji Mohd Haffiz bin Haji Ahmad, Datuk Bandar MBIP bersama En. Fakhrul Zafran bin ABSL Kamarul Azman, Ahli Majlis Zon Taman Universiti dan Yang Berhormat Datuk Pandak bin Haji Ahmad, ADUN Kota Iskandar hadir dalam sesi townhall tersebut.
Sesi dimulakan dengan taklimat daripada Jabatan Pelesenan mengenai syarat-syarat pelesenan perniagaan, dan kemudiannya diteruskan dengan sesi pertanyaan dan mendengar aduan daripada wakil pemimpin masyarakat setempat kepada pihak pengurusan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri.
Segala aduan akan dipanjangkan kepada jabatan-jabatan yang terlibat untuk tindakan segera dan dibawa dalam sesi mesyuarat jawatankuasa akan datang.
Terima kasih kepada semua yang terlibat memberikan pendapat dan pandangan dalam sesi townhall ini.













PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri