KALENDAR AKTIVITI

Takwim
Julai 2024
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
    
Program Tanggungjawab Sosial Anjuran Majlis Bandaraya Iskandar Puteri dengan Kolaborasi Bersama Yayasan Penyayang Iskandar Puteri dan International WeLoveU Foundation
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) sebagai sebuah kerajaan tempatan amat menitikberatkan perihal Orang Kelainan Upaya (OKU). Justeru, satu program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) telah diadakan dengan melibatkan pihak berkepentingan melalui jalinan kerjasama antara kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan penduduk setempat bagi sedikit sebanyak membantu golongan ini. Sumbangan dalam bentuk tunai, bakul makanan, perabot dan peralatan elektrik daripada MBIP, YPIP dan International WeLoveU Foundation telah diserahkan kepada Pertubuhan Kebajikan Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Nusajaya dalam program ini. Yang Mulia Ungku Suzana binti Ungku Mohammad, Setiausaha MBIP bersama Tuan Haji Mat Jaid bin Othman, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Penyayang Iskandar Puteri (YPIP); En. Mohd Faiz bin Abdullah, Pengerusi PDK Nusajaya; En. Tambi Omar bin Latip, Setiausaha Ahli Majlis MBIP, dan Mr. Steven Kwon, Pengurus International WeLoveU Foundation, Kawasan Selatan Semenanjung Malaysia turut hadir dalam program tersebut. Ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program ini.








PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri