KALENDAR AKTIVITI

Takwim
Julai 2024
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
    
KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA KE MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah menerima kunjungan hormat daripada Institut Integriti Malaysia (IIM) yang diketuai oleh YBrs. Tuan Haji Rahman bin Mohd. Din, Ketua Pegawai Eksekutif IIM dan disambut baik oleh Yang Berhormat Dato' Haji Mohd Haffiz bin Haji Ahmad, Datuk Bandar MBIP.
Dalam sesi pertemuan kali pertama ini, IIM dan MBIP telah membincangkan mengenai keperluan bagi mengadakan program-program integriti yang sesuai seperti Community Integrity Building (CIB) yang digunakan sebagai medium bagi membantu mengenal pasti dan melaksanakan penyelesaian yang sesuai dan berdaya maju untuk meningkatkan tahap integriti dalam kalangan komuniti dan persekitaran pelanggan.
Turut bersama-sama Ketua Pegawai Eksekutif IIM adalah Encik Izal Arif bin Zahrudin, Ketua Pegawai Operasi; Encik Zubayry Abady bin Sofian, Pengarah Pusat Integriti Sektor Awam; Puan Zarina binti Mohamad Amin, Pengarah Pusat Pembangunan Integriti Komuniti dan Encik Meor Shahram Faiz Mieor Shariman, Timbalan Pengarah Pusat Pembangunan Integriti Komuniti.
Perbincangan yang dipengerusikan oleh YB Datuk Bandar juga telah disertai oleh wakil-wakil dari Pengarah Unit Integriti MBIP, Haji Emrizal bin Abdul Rahman, Jabatan Korporat dan Perhubungan Awam, Jabatan Pembangunan Masyarakat dan Jabatan Penguatkuasaan.









PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri