KALENDAR AKTIVITI

Takwim
Julai 2024
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
    
PROGRAM JOM BAYAR LESEN TAMAN BUKIT INDAH dan WALKABOUT PENCEGAHAN JENAYAH BERSAMA KETUA POLIS DAERAH ISKANDAR PUTERI
Bahagian Penjaja Jabatan Pelesenan MBIP telah mengadakan Program "Jom Bayar Lesen" pada 24 Julai 2024 (Rabu) dengan jayanya di Tapak Pasar Malam Jalan Indah 22/2 dan juga Walkabout Pencegahan Jenayah bersama Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ,YDH ACP Kumarasan a/l Muniandy.
Program ini juga telah diserikan dengan kehadiran Puan Nurulain Binti Rahmat, Pengarah Jabatan Pelesenan MBIP, Encik Ragu a/l Supermaniam, Ahli Majlis Zon 22 Bukit Indah, Ketua-Ketua Bahagian, Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis IPD Iskandar Puteri, wakil-wakil daripada MBIP, wakil rakan strategik MBIP Maxis dan Perkeso.
Jabatan Pelesenan dengan kerjasama Jabatan Kewangan telah menyediakan kaunter bergerak di lokasi tersebut bagi memudahkan peniaga-peniaga terus membuat bayaran lesen penggal kedua.
Program ini juga terbuka kepada peniaga yang belum berlesen untuk memohon lesen baru dengan hanya 1 hari sahaja.
Aktiviti ini dilaksanakan untuk memberikan peringatan dan kemudahan kepada peniaga-peniaga dalam membuat bayaran lesen penjaja. Kami berbesar hati atas kehadiran penjaja-penjaja berdekatan yang memanfaatkan peluang ini untuk menyelesaikan urusan pembayaran lesen mereka dengan mudah dan cepat.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah terlibat dalam usaha menjayakan program ini terutamanya anggota-anggota penguatkuasa MBIP, staf dari Jabatan Pelesenan dan Jabatan Kewangan MBIP.
#JomBayarLesen #MBIP #MajlisBandarayaIskandarPuteri #TerimaKasih





















PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri