KALENDAR AKTIVITI

Takwim
Ogos 2024
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
   
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
 
LAWATAN KERJA MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR KE MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah menerima lawatan kerja dari Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) yang bertujuan mendapatkan perkongsian ilmu berkaitan Pelaksanaan Inisiatif Rendah Karbon, Bandar Selamat dan Bandar Pintar oleh MBIP.
Delegasi MPHS yang diketuai oleh Yang Berusaha Tuan Awaluddin bin Zakaria, Timbalan Yang Dipertua MPHS disambut baik oleh Encik Ahmad Zakwan bin Abdul Hamid, Penolong Pengarah Perhubungan Awam MBIP bersama Pegawai-pegawai MBIP.
Delegasi pelawat turut dibawa melawat Laman Kompos Sireh Park, Iskandar Puteri serta Pusat Kitar Semula Sunway Grid dan Pandu Lalu Kitar Semula Sunway Boulevard 88 di Sunway City Iskandar Puteri yang merupakan antara projek Geran Komuniti Iskandar Puteri Rendah Karbon, dan juga Pusat Strategik Taktikal sebagai salah satu inisiatif Bandar Pintar & Selamat MBIP
Diharap sesi perkongsian ilmu ini dapat menjadi sumber maklumat yang berguna dalam memperkasakan pengurusan Pihak Berkuasa Tempatan.




















PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri