KALENDAR AKTIVITI

Takwim
Ogos 2024
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
   
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
 
KUNJUNGAN HORMAT KE MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI (MBIP) BAGI MEMBINCANGKAN CADANGAN PEWUJUDAN RUMAH TAHANAN NEGERI JOHOR JABATAN PENJARA MALAYSIA
19 Ogos 2024 | Iskandar Puteri

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah menerima lawatan kerja dari Jabatan Penjara Negeri Johor yang bertujuan membincangkan berkaitan Cadangan Pewujudan Rumah Tahanan Negeri Johor Jabatan Penjara Malaysia.
Turut bersama-sama Yang Berhormat PKK Walace Anak Nawon, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Johor; PP Rahmat bin Abdullah, Ketua Bahagian Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Johor serta KIP Hasbih bin Halida, Penolong Ketua Bahagian Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Johor.
Perbincangan yang dipengerusikan oleh Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat MBIP, YM Ungku Ahmad bin Ungku Mohd Zakaria juga telah disertai oleh Pengarah Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, PMgr. Sr. Ts. Dr. Tuan Haji Mohamed Ali bin Mohamed Abu Backer dan wakil dari Jabatan Perancangan Pembangunan.
Diharap sesi perbincangan ini dapat membantu sedikit sebanyak Jabatan Penjara Johor dalam mewujudkan Rumah Tahanan Negeri Johor Jabatan Penjara Malaysia di kawasan MBIP.







PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri