KALENDAR AKTIVITI

Takwim
Ogos 2024
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
   
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
 
PENYERAHAN BANTUAN KHEMAH KEPADA PENJAJA MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI
19 OGOS 2024 | Isnin
Dataran Niaga Taman Perling, Jalan Camar 1, Taman Perling

Yayasan Penyayang Iskandar Puteri dengan kerjasama Jabatan Pelesenan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri telah mengadakan satu Program Serahan Khemah kepada penjaja di Dataran Niaga Taman Perling.
Penyampaian bantuan khemah ini telah disampaikan oleh Ybhg. Dato’ Haji Abd Rashid bin Kasman, Setiausaha Eksekutif YPIP, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YPIP, Ahli Majlis MBIP Zon Perling, Wakil Jabatan Pelesenan dan Jabatan Kesihatan Awam dari Majlis Bandaraya Iskandar Puteri dan Wakil Ketua-ketua Masyarakat Setempat kepada 50 orang penerima yang terdiri daripada penjaja di tapak Dataran Niaga Taman Perling.
Fokus utama program ini diadakan bagi menyediakan kemudahan kepada peniaga disana dan juga menaikkan imej penjaja di dalam kawasan MBIP dengan imej penjaja berpusat dan seragam. Serahan khemah tersebut telah berjalan dengan lancar dan para penjaja menyatakan rasa syukur dan berterima kasih diatas bantuan yang telah diberikan
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat termasuk wakil agensi yang hadir dan memainkan peranan penting dalam usaha menjayakan program tersebut. Diharapkan agar lebih banyak program seperti ini dijalankan bagi membantu para usahawan mikro terutamanya demi meningkatkan keselesaan dan kesejahteraan komuniti di dalam Kawasan Pentadbiran MBIP.








PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri