KALENDAR AKTIVITI

Takwim
Ogos 2024
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
   
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
 
LAWATAN TAPAK BAGI CADANGAN PEWUJUDAN RUMAH TAHANAN NEGERI JOHOR BERSAMA JABATAN PENJARA MALAYSIA (NEGERI JOHOR)
26 Ogos 2024 | Iskandar Puteri

Susulan daripada kunjungan hormat ke Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) berkaitan perbincangan Cadangan Pewujudan Rumah Tahanan Negeri Johor yang lalu, satu sesi lawatan tapak telah diadakan bagi mengenal pasti lokasi dan kawasan yang sesuai dalam kawasan Iskandar Puteri bersama pihak Jabatan Penjara Negeri Johor.
Lawatan diketuai oleh En. Ruziman bin Rahmat, Penolong Pengarah Pembangunan Masyarakat MBIP bersama PP Rahmat bin Abdullah, Ketua Bahagian Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Johor dan pegawai-pegawai Jabatan Penjara Negeri Johor. Turut serta, En. Shahril Izwan bin Abdullah, Penolong Pengarah Pembangunan Masyarakat MBIP; En. Mohamad Ridhwan Bin Md Zin, Pen. Peg. Perancang Bandar & Desa, dan En. Muhammad Muazzam Bin Musa, Pen. Peg. Penilaian selaku wakil jabatan yang terlibat.
Diharap melalui sesi lawatan ini sedikit sebanyak dapat memberikan input kepada pihak Jabatan Penjara Negeri Johor untuk dibentangkan kepada Datuk Bandar bagi Cadangan Pewujudan Rumah Tahanan Negeri Johor.













PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri