KALENDAR AKTIVITI

Takwim
Ogos 2024
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
   
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
 
Penyerahan Jalur Gemilang kepada Kontinjen MBIP bagi Perbarisan Kawad Kaki Hari Kebangsaan 2024 Peringkat Daerah dan Negeri, dan Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri
27 Ogos 2024 | Bangunan MBIP, Bandar Medini

Yang Berhormat Dato' Haji Mohd Haffiz bin Haji Ahmad, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah menyerahkan Jalur Gemilang kepada wakil Kontinjen MBIP yang akan menyertai Perbarisan Kawad Kaki Hari Kebangsaan 2024 Peringkat Daerah dan Negeri dalam satu sesi yang telah diadakan.
Yang Berhormat Datuk Bandar turut menyampaikan bendera kepada Yang Berbahagia Datuk Haji Mohammad Khairi bin A. Malik, Ketua Whip Ahli Majlis MBIP, sebelum bersama-sama YM Ungku Suzana binti Ungku Mohammad, Setiausaha MBIP dan Ahli-Ahli Majlis MBIP yang lain memasang bendera pada kenderaan-kenderaan rasmi MBIP, dan kemudiannya melepaskan konvoi kenderaan tersebut sebagai simbolik pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat MBIP 2024.









PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri