KALENDAR AKTIVITI

Takwim
September 2024
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
      
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
      
AKTIVITI PLOGGING DAN PROGRAM JALAN ANGKAT (PJA) SEMPENA KEMPEN JOHOR BERSIH PERINGKAT MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI (MBIP)
Bersempena Kempen Johor Bersih, pihak Majlis Bandaraya Iskandar Puteri telah mengadakan aktiviti plogging di PPR Melana Indah 1, Jalan Sutera Ros 12/1, Taman Perling.
Pada 1 Sept 2024, aktiviti plogging ini dijalankan bersama-sama dengan Ahli Majlis Zon 23 Sutera Utama : Puan Dalela Binti Sakiaman, kakitangan MBIP dan penduduk setempat dan menjumlahkan seramai 37 orang yang hadir. Sampah yang telah berjaya dikutip dan dibersihkan sewaktu aktiviti berlangsung adalah sebanyak 77kg.
Selain aktiviti plogging, pihak MBIP juga telah melaksanakan aktiviti membaling effective microorganisms (EM) mudball ke dalam sungai Melana dengan kerjasama pihak J-Biotech Sdn Bhd. Sebanyak 750 biji EM mudball telah dibaling ke sungai tersebut. Fungsi EM mudball tersebut adalah untuk merawat air sungai daripada tercemar.
MBIP menyeru kepada semua warga penduduk Iskandar Puteri untuk mengambil berat dengan kawasan penduduk setempat. Kita adalah jaminan untuk penduduk generasi akan datang justeru itu kita kena pastikan kawasan bersih dan selamat. Marilah bersama-sama menanamkan rasa cinta terhadap alam sekitar dan sungai kita.









PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri