KALENDAR AKTIVITI

Takwim
Oktober 2024
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
 
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
   
LAWATAN TAPAK DAN PELAN TEBATAN BANJIR SUSULAN KEJADIAN BENCANA BANJIR DAN TANAH RUNTUH
Pihak Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah mengambil tindakan segera dengan mengadakan lawatan tapak bersama pihak yang terlibat di lokasi-lokasi terjejas iaitu di Jalan Zapin, Jalan Baung, Kampung Poh Chee Leng, dan Jalan Persiaran Impian Emas, Batu 10 Skudai.
Lawatan ini bertujuan untuk memuktamadkan pelan mitigasi dan merangka pelaksanaan projek tebatan banjir serta langkah-langkah kawalan yang bersesuaian. Perbincangan telah dilakukan dengan mengambil kira pelbagai kaedah kejuruteraan terbaik bagi memastikan impak banjir dapat dikurangkan, khususnya di kawasan-kawasan penempatan penduduk berkepadatan tinggi, penempatan yang berhampiran dengan sungai, dan taman-taman perumahan lama yang sering terdedah kepada risiko banjir.
Faktor-faktor perubahan iklim yang semakin ketara serta kesan Monsun Timur Laut turut diambil kira dalam pelan tindakan ini. Selain itu, peningkatan Average Recurrence Interval (ARI) atau kadar berulangnya kejadian cuaca ekstrem memberikan cabaran tambahan kepada infrastruktur saliran di kawasan perumahan lama dan usang, yang memerlukan perhatian segera.
Pihak MBIP secara berterusan dan komited mempertingkatkan daya tahan infrastruktur dengan menaiktaraf serta meremajakan infrastruktur sedia ada di seluruh kawasan bandaraya dalam menghadapi perubahan iklim yg semakin mencabar.






PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri