KALENDAR AKTIVITI

Takwim
Oktober 2024
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
 
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
   
PROJEK TEBATAN BANJIR DI KAWASAN HOTSPOT: USAHA MBIP TANGANI KERAPUHAN INFRASTRUKTUR USANG, IMPAK BANJIR DAN PERUBAHAN IKLIM
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) sedang melaksanakan projek tebatan banjir di kawasan hotspot Taman Damai Jaya, khususnya di Jalan Tenang, melibatkan naik taraf parit utama, pembinaan tembok hakisan tebing dan “flood wall.” Projek ini bertujuan mengatasi kerapuhan infrastruktur saliran lama serta impak banjir yang sering berlaku akibat pertembungan air larian permukaan dan air pasang dari kawasan berdekatan seperti Taman Ungku Tun Aminah dan Taman Sutera Utama.
Projek ini telah dirancang sejak tahun 2022 dengan tujuan mengurangkan impak banjir dan kerapuhan infrastruktur yang sering berlaku di kawasan taman perumahan lama dengan kerjasama baik dari Ahli Majlis, pihak pemaju, JPS daerah dan JPS negeri serta wakil penduduk setempat.
Pelaksanaan projek ini adalah sebahagian daripada strategi MBIP dalam menghadapi cabaran peningkatan perubahan iklim dan kesan Monsun Timur Laut (MTL), sekali gus memastikan keselamatan dan kesejahteraan penduduk dalam kawasan pentadbiran MBIP.
Kerjasama penduduk yang terlibat amat dihargai bagi memastikan projek tebatan banjir berjalan lancar dan disiapkan mengikut jadual yang telah ditetapkan.






PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri