KALENDAR AKTIVITI

Takwim
Oktober 2024
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
 
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
   
MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW PERINGKAT BANDARAYA ISKANDAR PUTERI TAHUN 2024M / 1446H
17 Oktober 2024 | Masjid Tan Sri Ainuddin Wahid, Taman Universiti

Majlis yang diadakan bagi memperingati Hari Keputeraan junjungan mulia, Nabi Muhammad SAW ini dimulakan dengan perarakan Kontinjen Jabatan dan Unit MBIP, yang turut disertai oleh Yang Berhormat Dato' Haji Mohd Haffiz Bin Haji Ahmad, Datuk Bandar MBIP; Yang Berhormat Datuk Haji Pandak Bin Haji Ahmad, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Iskandar; Encik Shahrulizam Bin Abdul Rashid, Timbalan Setiausaha MBIP; Ahli-Ahli Majlis MBIP, Pengarah-Pengarah MBIP, Penghulu-penghulu Mukim dan Rakan-rakan Strategik MBIP.
Majlis menyaksikan persembahan bacaan Al-Quran dan berzanji daripada panel jemputan dan seterusnya sesi ceramah oleh As-Sheikh Tuan Haji Mohd Zaini Bin Mohd Salleh, Kadi Daerah Johor Bahru yang bertajuk "Kesabaran Rasulullah SAW dalam Menghadapi Ujian".
Majlis diakhiri dengan penyampaian sumbangan daripada MBIP yang telah disampaikan oleh Yang Berhormat Datuk Bandar MBIP kepada Pengerusi Masjid, Encik Mohd Nor bin Haji Salim, dan penyampaian hadiah bagi pertandingan perarakan.
















PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri