KALENDAR AKTIVITI

Takwim
Oktober 2024
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
 
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
   
PROGRAM FASILITI SELAMAT - TAMAN PERMAINAN
19 Oktober 2024 | Pangsapuri Melana, Taman Universiti

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri melalui Jabatan Landskap dengan kerjasama Centre For Estate Studies (UTM Cres) menganjurkan program ‘Taman Permainan - Fasiliti Selamat’ bagi memberi pendedahan kepada komuniti tentang keselamatan taman permainan. Program ini dirasmikan oleh Encik Fakhrul Zafran Bin Absl Kamarul Zaman, Ahli Majlis Zon 5 Taman Universiti dan dihadiri komuniti setempat Pangsapuri Melana, Taman Universiti.
Program ini juga diadakan di bawah inisiatif Geran Komuniti Iskandar Puteri Rendah Karbon 4.0 dan Projek Komuniti Sejahtera- Fasiliti Selamat yang diketuai oleh Sr Dr. Hariati Binti Abdullah Hashim, Pengarah Program Fasiliti Selamat, bertujuan memberi kesedaran kepada penduduk setempat tentang kepentingan menjaga keselamatan di taman permainan khususnya kanak-kanak yang merupakan pengguna utama bagi tapak permainan ini.
Pihak MBIP berharap agar kita bersama-sama wujudkan persekitaran yang lebih selamat untuk semua.









PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri