Takwim
Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | |
7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 |
14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 |
21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 |
28 | 29 | 30 | 31 |
SESI TAKLIMAT PEKELILING PERKHIDMATAN SISTEM SARAAN PERKHIDMATAN AWAM (SSPA) KEPADA WARGA KERJA MBIP
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah mengadakan Sesi Taklimat Pekeliling Perkhidmatan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) kepada semua warga kerja MBIP. Sesi ini berlangsung dalam dua peringkat, iaitu pada 27 Oktober 2024 bagi pegawai gred 11 SSM, dan pada 30 Oktober 2024 untuk seluruh warga kerja MBIP.
Sebagai simbolik komitmen terhadap inisiatif ini, satu upacara menandatangani borang opsyen SSPA telah diadakan pada 4 November 2024 yang telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Haffiz bin Haji Ahmad, Datuk Bandar MBIP, dengan disaksikan oleh YM Ungku Suzana binti Ungku Mohammad, Setiausaha MBIP, serta Encik Azrullail bin Masijan.
Dengan pelaksanaan SSPA ini, MBIP berharap dapat meningkatkan lagi motivasi dan kesejahteraan warga kerja dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada komuniti.