KALENDAR AKTIVITI

Takwim
Mac 2024
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
    
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
PROGRAM BUBUR LAMBUK PERDANA MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI SEMPENA BULAN RAMADAN AL-MUBARAK 1445H
26 Mac 2024 I Selasa
Masjid Taman Impian Emas

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dengan jayanya telah melaksanakan Program Bubur Lambuk Perdana MBIP Sempena Bulan Ramadan Al - Mubarak 1445 Hijrah. Program ini diadakan bertujuan untuk merapatkan lagi ukhwah antara MBIP bersama komuniti setempat. Program telah dihadiri oleh Datuk Bandar MBIP; Yang Berhormat Dato' Haji Mohd Haffiz bin Ahmad, Setiausaha MBIP; Hajah Khasanah binti Sufa'at @ Supaat, Timbalan Setiausaha MBIP; Encik Shahrulizam bin Abdul Rashid, serta Rakan Strategik MBIP seperti Affin Bank, Iskandar Investment Berhad, Yayasan Penyayang Iskandar Puteri, Damansara Asset, Southern Volunteers Iskandar Puteri, PUSPANITA MBIP dan Ahli Jawatankuasa Masjid Taman Impian Emas.
Program turut dimeriahkan dengan kehadiran Ahli-Ahli Majlis MBIP, Tuan Haji Yusof bin Ahmad daripada Zon Kota Iskandar dan Zon Taman Universiti, Encik Fakhrul Zafran bin Absl Kamarul Azman serta pengarah dan kakitangan MBIP.
Sebanyak 2,500 edaran bubur lambuk juga telah berjaya diagihkan ke Bazar Taman Universiti dan juga Bazar Taman Ungku Tun Aminah. Semoga program seperti ini dapat memberikan manfaat kepada semua.












PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri