KALENDAR AKTIVITI

Takwim
Januari 2024
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
    
MAJLIS PENYERAHAN BAKUL MAKANAN YAYASAN SULTAN IBRAHIM KEPADA MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI
MAJLIS PENYERAHAN BAKUL MAKANAN YAYASAN SULTAN IBRAHIM KEPADA MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI

Majlis Penyerahan Bakul Makanan Yayasan Sultan Ibrahim kepada Majlis Bandaraya Iskandar Puteri telah berlangsung pada tengah hari ini dengan sebanyak 432 bakul makanan telah diserahkan untuk pengagihan kepada golongan yang kurang berkemampuan di kawasan pentadbiran MBIP.
Majlis telah dirasmikan oleh YB Dato’ Haji Mohd Haffiz Bin Haji Ahmad, Datuk Bandar MBIP merangkapTimbalan Pengerusi Yayasan Penyayang Iskandar Puteri. Turut hadir adalah Tuan Haji Mohd Anizam Bin Jamian,Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sultan Ibrahim Johor, YM Ungku Ahmad bin Ungku Hj Mohd Zakaria, Pengarah Pembangunan Masyarakat MBIP, Puan Hajah Mariam Binti Ahmad, Pengerusi Biro Kebajikan Yayasan Penyayang Iskandar Puteri, Ahli-ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Penyayang Iskandar Puteri, Southern Volunteers Iskandar Puteri, rakan-rakan dari Yayasan Sultan Ibrahim Johorserta penerima-penerima bantuan.

Semoga dengan sumbangan bantuan dan kerjasama ini dapat memberi manfaat kepada mereka di luar sana yang memerlukan.









PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri