KALENDAR AKTIVITI

Takwim
Mac 2024
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
    
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
PROGRAM TERAWIH DAN MOREH BERSAMA KOMUNITI
PROGRAM SOLAT TERAWIH DAN MOREH BERSAMA KOMUNITI TAMAN NUSANTARA, ISKANDAR PUTERI.
Surau Ar-Raudhah, Taman Nusantara | 21 Mac 2024
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah mengadakan Program Solat Terawih dan Moreh bersama komuniti Taman Nusantara, Iskandar Puteri.
Program ini bertujuan meningkatkan ukhwah antara MBIP dan komuniti serta membentuk jalinan kerjasama dalam pelbagai bentuk kolaborasi dan kesepakatan.
Program telah dihadiri oleh Datuk Bandar MBIP, Dato' Haji Mohd Haffiz bin Haji Ahmad; ADUN Kota Iskandar, YB Datuk Hj. Pandak bin Ahmad; YDH Supt. Ibrahim bin Mat Som, Pemangku Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri; Ahli Majlis Zon Gelang Patah, Encik Mohd Faiz bin Abdullah dan Pengerusi Surau Ar-Raudhah Taman Nusantara, Tn. Hj. Jamian bin Hj. Hashim.
Turut Hadir, Ahli Majlis Zon Taman Universiti, En. Fakhrul Zafran bin Absl Kamarul Azman; Zon Selesa Jaya, En. Tambi Omar bin Latip; Zon Kota Iskandar, Tn. Hj. Yusof bin Ahmad; Pengarah dan Penolong Pengarah MBIP serta komuniti setempat.
Datuk Bandar turut mengambil peluang menyampaikan sumbangan daripada MBIP kepada
Pengerusi Surau Ar-Raudhah, Taman Nusantara.
Semoga bulan Ramadan tahun ini memberikan keberkatan, rahmat dan sejahtera kepada kita semua.
#BangsaJohor
















PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri