TUJUAN DAN MAKSUD

  1. Merapatkan hubungan silaturrahim di kalangan ahli-ahli.
  2. Menyemaikan sifat kesabaran dan melatih diri ahli-ahli bertoleransi di antara kakitangan jabatan dan orang awam.
  3. Mengelakkan rasa jemu terhadap beban tugas dan masalah-masalah dalam menjalankan tugas harian dengan cara mengadakan aktiviti-aktiviti sukan dan kebajikan di luar waktu pejabat.
  4. Mengadakan aktiviti sukan bagi latihan jasmani yang akan melahirkan kesihatan badan dan dapat melahirkan kecerdasan otak dalam melaksanakan tugas harian.
  5. Dengan adanya kesedaran bersatu maka kesedaran ke arah kerja berpasukan dapat dijalankan bagi tujuan peningkatan mutu kerja di jabatan khasnya di Perkhidmatan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri.
  6. Mengutip derma dan sumbangan untuk mengisi tabung kewangan bagi menjalankan tujuan-tujuan Pertubuhan dengan syarat segala kutipan mendapatkan kebenaran daripada PendaftarPertubuhan dan pihak berkuasa tertentu terlebih dahulu.
  7. Memohon, membeli, menyewa, memperolehi, memiliki dan memajak tanah, bangunan dan lain-lain harta untuk tujuan Pertubuhan dengan syarat mendapatkan kelulusan daripada pihak berkuasa yang berkenaan terlebih dahulu.( Jika berkenaan sahaja )
  8. Menjalankan aktiviti perniagaan dan pelaburan dalam saluran yang dijamin oleh Kerajaan :


“Semua wang dan keuntungan yang didapati oleh Pertubuhan ini hasil dari penyertaan dalammana-mana perniagaan atau pelaburan akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan, memajukan dan menjalankan tujuan-tujuan pertubuhan ini dan tidak sebahagiannya pun daripada wang atau keuntungan itu akan digunakan untuk membayar sebarang faedah, keuntungan atau bonus kepada sebarang ahli Pertubuhan. Sungguhpun begitu peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran yang dibuat dengan tujuan baik, untuk membayar gaji atau perbelanjaan atau kedua-keduanya kepada sebarang ahli atau pekerja-pekerja Pertubuhan.”

PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri