Bidang Kuasa dan Fungsi MBJ


Bidang kuasa dan fungsi MBJ adalah meliputi semua perkara yang berkaitan dengan syarat-syarat perkhidmatan dan perjalanan organisasi yang ada hubung kait dengan pentadbiran dan lebih menitikberatkan kepada kepentingan pekerja-pekerja dalam sesebuah organisasi kecuali yang menyentuh dasar Kerajaan atau hal-hal perseorangan. Penyelesaian kepada semua isu yang dibangkitkan perlu diputuskan secara bersama melalui perbincangan dan perkongsian idea oleh semua ahli MBJ.


Di samping bertujuan untuk mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh kumpulan pekerja, ia juga boleh dijadikan sebagai suatu forum perbincangan di antara Pihak Pegawai dan Pihak Pekerja. MBJ yang aktif secara tidak langsung akan dapat menyemai semangat bekerja di kalangan pekerja untuk berkhidamtan dengan lebih dedikasi dan produktif.


Selain menyelesaikan isu-isu berbangkit, ahli-ahli MBJ turut berperanan menyumbang idea-idea inovasi berkaitan tadbir urusa jabatan bagi memastikan peningkatan prestasi dan produktiviti yang berterusan.

PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri