MENU

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri sedang giat menjalankan Operasi Pecah Buka ke atas rumah/premis kosong yang bertunggakan tinggi di kawasan terpilih. Pelaksanaan operasi ini adalah sejajar dengan Peruntukan Seksyen 148 (3), Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).

Sehubungan dengan itu, pihak MBIP menyeru kepada semua pemilik harta supaya menjalankan tanggungjawab menjelaskan bayaran cukai harta dengan segera bagi mengelakkan sebarang tindakan perundangan diambil.

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri telah menyediakan perkhidmatan bayaran/semakan bil atas talian. Sila layari mycukai.mbip.gov.my untuk mengemaskini pemilikan/bil cukai harta atas talian.