Landskap


POKOK RASMI MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI


Pokok Pulai adalah Pokok Rasmi MBIP.

Spesis ini merupakan spesis asli, yang menjadikannya sukar diserang penyakit dan mudah diselenggara. Spesis ini mempunyai ciri-ciri karakter setempat dalam kawasan Iskandar Puteri, iaitu namanya yang digunakan dalam penamaan kawasan di sekitar Gunung Pulai dan Kangkar Pulai. Nama Pulai juga sinonim dengan beberapa Pembangunan kawasan perumahan dalam kawasan Iskandar Puteri seperti Taman Sri Pulai, Taman Sri Pulai Perdana, Taman Pulai Utama, Taman Pulai Flora dan sebagainya.


Ciri-ciri spesis ini adalah sepertimana yang berikut:


NAMA TEMPATAN

Pulai

NAMA SAINTIFIK/ BOTANI

Alstonia angustiloba

NAMA KELUARGA

Apocynaceae

KETINGGIAN

Pokok bersaiz besar.

Boleh mencecah ketinggian antara 24m hingga 50m

UKUR LILIT

Ukur lilit pokok boleh mencapai sehingga 60cm

ASAL

Sumatra, Semenanjung Malaysia, Singapura, Borneo, dan Jawa

CARA PEMBIAKAN

Tumbuhan ini membiak dari biji benihnya disebarkan secara’letupan’ (dehiscence)

DAUN

  • Daunnya tersusun dalam pusaran (whorls) dengan empat hingga sembilan anak daun.
  • Mempunyai daun agak tebal yang berbentuk bujur, hijau gelap berkilau di atas, hijau pucat di bawah
  • Berukuran antara 4.5–22 x 2.1–7 cm dengan hujung bilah yang pendek
  • Bilah daunnya juga mempunyai banyak urat sekunder yang hampir tegak lurus dengan urat tengah.
  • Getah berwarna putih susu akan keluar dari bahagian daun yang patah.

BUNGA

  • Bentuknya berjambak, berwarna putih berkrim, berbau harum dan menarik serangga untuk pendebungaan.
  • Anggaran selebar 8.5 mm,
  • berkembang dalam kelompok antara 3-8mm di hujung ranting, pada pucuk sepanjang 3-14 cm.

BUAH

  • Buahnya tumbuh dalam bentuk polong yang licin, berukuran antara 15-35 x 0,2-0,6 cm, ditutup dengan bulu-bulu coklat dan mengandungi banyak biji
  • Biji-bijinya berwarna coklat gelap dan tersebar oleh angin
  • Berbentuk oblong, rata dan berukuran 5-7 x 1.3-1.5 mm.

BATANG

Kulit kayu berwarna kelabu gelap, licin ketika muda, dan menjadi sedikit retak apabila semakin tua. Kayunya berwarna kuning pucat dan lembut.

SILARA

  • Bersilara bertingkat/ berbentuk pagoda
  • Kelebaran silara boleh mencapai sehingga 10m

PENGGUNAAN ETNOBOTANI

Kayu & Produk

Kayu lembutnya digunakan untuk membuat papan lantai, barangan rumah, mancis, dan tiang.

Perubatan

tumbuhan ini digunakan dalam perubatan tradisional untuk merawat sakit kepala, luka kulit, dan masalah ginekologi.

LAIN-LAIN KEGUNAAN

  • Ia ditanam di sepanjang lebuh raya, jalan utama (dengan rizab yang mencukupi),dan landskap bandar sebagai pokok hiasan kerana bentuk pertumbuhannya yang menarik.
  • Ia juga tahan terhadap pelbagai jenis tanah, dari yang bertakung air hingga keadaan yang lebih kering.

CARA PENJAGAAN

Keutamaan Cahaya: Matahari Penuh
Keutamaan Air: Air Sederhana
Kadar Pertumbuhan Tumbuhan: Sederhana


PULAI.jpg

PULAI1.jpg


PULAI2.jpg

PULAI3.png


PULAI5.jpg


PULAI4.png


PULAI6.png

NOTIS_LARANGAN_BERCUCUK_TANAM_page-0001.jpg

NOTIS_LARANGAN_BERCUCUK_TANAM_page-0002.jpg

PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri