AKTIVITI PLOGGING DAN JALAN ANGKAT (PJA) DAN KEMPEN BANTERAS NYAMUK AEDES SEMPENA JOHOR BERSIH MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI
Tarikh: 04/09/2024

AKTIVITI PLOGGING DAN JALAN ANGKAT (PJA) DAN KEMPEN BANTERAS NYAMUK AEDES SEMPENA JOHOR BERSIH MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI

Ayuh warga Johor sekalian, kita bersama sama menjalankan gaya hidup sihat untuk menyuntik semangat dan menyemai kesedaran kepada orang awam sambil menjaga kawasan persekitaran bandar Iskandar Puteri dengan melakukan aktiviti plogging. Pihak Majlis Bandaraya Iskandar Puteri akan mengadakan program Plogging dan Jalan Angkat (PJA) seperti ketetapan berikut :-

08 Sept 2024 | Ahad
7.30 pagi hingga selesai
Pangsapuri Pulai Utama (Jalan Pulai 83, Berhadapan Blok F, Pangsapuri Pulai Utama


Aktiviti plogging yang merupakan gabungan aktiviti jogging sambil mengutip sampah menjadi sebahagian usaha Majlis dalam mewujudkan kerjasama dan penglibatan semua pihak dan masyarakat.

Semoga usaha ini dapat memberikan kesedaran masyarakat untuk menjaga kebersihan serta menjadikan amalan gaya hidup sihat bersama. Dengan ini, bandar Iskandar Puteri akan menjadi bersih dan harmoni.

JOM BANGSA JOHOR !!

#MajuJohor
#BangsaJohor
#JohorBersih
#SkuadHeroMBIP
#OnnHafizGhazi



PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri