DRIVE TO SAVE @ MBIP - JOM BUDAYAKAN AMALAN LESTARI DEMI GENERASI AKAN DATANG
Tarikh: 06/09/2024

DRIVE TO SAVE @ MBIP - JOM BUDAYAKAN AMALAN LESTARI DEMI GENERASI AKAN DATANG

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dan CBH Recycle (M) Sdn Bhd dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar Johor akan menganjurkan Program Kitar Semula Pandu Lalu (Drive To Save) sebagaimana ketetapan berikut:

8 September 2024 (Ahad)
8:00 pagi – 3:00 petang
Hutan Bandar Mutiara Rini, Taman Mutiara Rini

Muat turun aplikasi iKarungguni dan daftar akaun anda sekarang untuk meyertai program
Kitar semula barang anda dan dapatkan ganjaraWOW!!!
Jual Barangan Kitar Semula
(Kertas - RM 0.25/kg)
(Karton - RM 0.40/kg)
(Plastik - RM 0.60/kg)
(Aluminium - RM 3.00/kg)
(Besi - RM 0.60/kg)

Jual E-waste
(Perkakas Rumah: Vacuum, radio, periuk nasi, dll - RM 3.00/unit)
(Perkakas Pejabat: Laptop, CPU, mesin pencetak, dll - RM 3.00/unit)
(Barangan & Mesin Berharga: Mesin basuh, peti ais, mesin jahit - RM 5.00/unit)
(Perkakas lain: Telefon bimbit, mouse, keyboard, dll - RM 0.20/kg)TIDAK MENERIMA BATERI, MENTOL, DAKWAT KATRIJ, KACA, AL-QURAN DAN KITAB BERUNSUR AGAMA

Jual Minyak Masak Terpakai
(RM 3.00/kg)
Hantar Fabrik/Pakaian Terpakai
Hantar Buku Terpakai
Hantar Barangan Terpakai

Selain daripada menghantar barangan kitar semula, anda juga boleh mendermakan buku-buku terpakai dan barangan terpakai seperti alat permainan kanak-kanak dan lain-lain. Barangan ini juga boleh diambil secara PERCUMA
Apa tunggu lagi??? Jom hantar barangan anda kepada kami.
SAVE THE DATE!



PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri