PROGRAM KITAR SEMULA SECARA PANDU LALU @UTM KEMBALI LAGI!
Tarikh: 17/07/2024

PROGRAM KITAR SEMULA SECARA PANDU LALU @UTM KEMBALI LAGI!

Budayakan Amalan Lestari Demi Generasi Masa Hadapan
Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), CBH Recycle (M) Sdn Bhd dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan menganjurkan Program Kitar Semula Secara Pandu Lalu @UTM sebagaimana ketetapan berikut:

21 Julai 2024 (Ahad)
9:00 pagi – 3:00 petang
Tasik Ilmu, Taman Tropika, UTM Johor Bahru

Sila klik untuk ke lokasi:

Kaedah: “Drive-thru” (Pandu lalu)
Muat turun aplikasi iKarungguni dan daftar akaun anda SEKARANG
Kitar semula barang anda dan dapatkan ganjaran WOW!!!

Jual Barangan Kitar Semula
(Kertas - RM 0.25/kg)
(Karton - RM 0.40/kg)
(Plastik - RM 0.60/kg)
(Aluminium - RM 3.00/kg)
(Besi - RM 0.60/kg)

Jual E-waste (Household)
(Perkakas Rumah: Microwave, radio, periuk nasi, dll - RM 3.00/unit)
(Perkakas Pejabat: Komputer, CPU, laptop, dll - RM 3.00/unit)
(Barangan & Mesin Berharga: Mesin basuh, peti ais, mesin jahit - RM 5.00/unit)
(Perkakas lain: Telefon bimbit, mouse, keyboard, dll - RM 0.20/kg)

Jual Minyak Masak Terpakai
(RM 3.00/kg)
Hantar Fabrik/Pakaian Terpakai
Hantar Buku Terpakai
Hantar Barangan Terpakai

TIDAK MENERIMA BATERI, MENTOL, LAMPU KALIMANTANG, DAKWAT KATRIJ, KACA, AL-QURAN DAN KITAB BERUNSUR AGAMA

Selain daripada menghantar barangan kitar semula, anda juga boleh mendermakan buku-buku terpakai dan barangan terpakai seperti alat permainan kanak-kanak dan lain-lain. Barangan ini juga boleh diambil secara PERCUMA
Apa tunggu lagi??? Jom hantar barangan anda kepada kami.
SAVE THE DATE!




PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri