AKTIVITI PLOGGING DAN JALAN ANGKAT (PJA) DAN KEMPEN BANTERAS NYAMUK AEDES SEMPENA JOHOR BERSIH MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI
Tarikh: 16/05/0024

AKTIVITI PLOGGING DAN JALAN ANGKAT (PJA) DAN KEMPEN BANTERAS NYAMUK AEDES SEMPENA JOHOR BERSIH MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI

Ayuh warga Johor sekalian, kita bersama sama menjalankan gaya hidup sihat dengan menyuntik semangat dan menyemai kesedaran kepada orang awam sambil menjaga kawasan persekitaran bandar Iskandar Puteri dengan melakukan aktiviti plogging. Pihak Majlis Bandaraya Iskandar Puteri akan mengadakan program Plogging dan Jalan Angkat (PJA) seperti ketetapan berikut:-

TARIKH : 19 Mei 2024 | Ahad
MASA : 7.30 pagi hingga selesai
TEMPAT: 1. Jalan Sentral 25/1, Taman Nusa Sentral
2. Kampung Sungai Melayu

Aktiviti plogging yang merupakan gabungan aktiviti jogging sambil mengutip sampah menjadi sebahagian usaha Majlis dalam mewujudkan kerjasama dan penglibatan semua pihak dan masyarakat.
Selain itu, edaran risalah kempen banteras nyamuk Aedes kepada penduduk setempat turut akan diadakan bagi membasmi wabak/kes denggi di lokasi OPS Tumpu Skuad Hero MBIP.
Semoga usaha ini dapat memberikan kesedaran masyarakat untuk menjaga kebersihan serta menjadikan amalan gaya hidup sihat bersama. Dengan ini, bandar Iskandar Puteri akan menjadi bersih dan harmoni.
JOM BANGSA JOHOR




PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri