AKTIVITI PLOGGING DAN JALAN ANGKAT (PJA) DAN KEMPEN BANTERAS NYAMUK AEDES SEMPENA KEMPEN JOHOR BERSIH MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI 2024
Tarikh: 29/05/2024

AKTIVITI PLOGGING DAN JALAN ANGKAT (PJA) DAN KEMPEN BANTERAS NYAMUK AEDES SEMPENA KEMPEN JOHOR BERSIH MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI 2024

Ayuh warga Johor sekalian, kita bersama sama menjalankan gaya hidup sihat dengan menyuntik semangat dan menyemai kesedaran kepada orang awam sambil menjaga kawasan persekitaran bandar Iskandar Puteri dengan melakukan aktiviti plogging. Pihak Majlis Bandaraya Iskandar Puteri akan mengadakan program Plogging dan Jalan Angkat (PJA) seperti ketetapan berikut:-

02 Jun 2024 | Ahad
7.30 pagi hingga selesai
Blok 18-30, Flat Bandar Selesa Jaya

Aktiviti plogging yang merupakan gabungan aktiviti jogging sambil mengutip sisa buangan menjadi sebahagian usaha Majlis dalam mewujudkan kerjasama dan penglibatan semua pihak dan masyarakat.
Selain itu, edaran risalah kempen banteras nyamuk Aedes kepada penduduk setempat turut akan diadakan bag membasmi wabak/kes denggi di lokasi OPS Tumpu Skuad Hero MBIP.
Semoga usaha ini dapat memberikan kesedaran masyarakat untuk menjaga kebersihan serta menjadikan amalan gaya hidup sihat bersama. Dengan ini, bandar Iskandar Puteri akan menjadi bersih dan harmoni.
JOM BANGSA JOHOR


PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri