HEBAHAN PELAKSANAAN BANCI PERTANIAN 2024 SEKITAR KAWASAN ISKANDAR PUTERI
Tarikh: 01/07/2024

HEBAHAN PELAKSANAAN BANCI PERTANIAN 2024 SEKITAR KAWASAN ISKANDAR PUTERI

Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Johor (DOSM Johor) sedang melaksanakan Banci Pertanian 2024 secara menyeluruh di kawasan Iskandar Puteri. Pelaksanaan ini meliputi pertubuhan perniagaan dan isi rumah yang terlibat dalam aktiviti tanaman makanan dan komoditi, ternakan, perikanan, akuakultur, pembalakan & perhutanan.
Pelaksanaan Banci Pertanian 2024 bermula Julai 2024 hingga Oktober 2024 merangkumi keseluruhan kawasan dalam pentadbiran Iskandar Puteri. Majlis Bandaraya Iskandar Puteri komited membantu pihak DOSM Johor dalam memberikan kerjasama strategik sepanjang tempoh pelaksanaan banci ini.
Disertakan capaian maklumat berkaitan Banci Pertanian 2024.

Portal Banci Pertanian 2024:
Facebook Banci Pertanian 2024:

PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri