NATIONAL URBAN FORESTRY CONFERENCE 2024 (NUFC 2024)
Tarikh: 17/09/2024

NATIONAL URBAN FORESTRY CONFERENCE 2024 (NUFC 2024)

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dengan kerjasama Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) akan menganjurkan National Urban Forestry Conference (NUFC 2024) pada 22-24 Oktober 2024 di Pulai Springs Resort, Johor.
Persidangan ini direncanakan sebagai platform untuk perkongsian ilmu dan hasil penyelidikan terkini tentang pembangunan bandar secara lestari seiring dengan Matlamat Pembangunan Mampan.
Ia juga mengetengahkan bidang-bidang penting dalam pengurusan hutan bandar seperti perancangan dan pengurusan ruang hijau, aplikasi teknologi terkini dan amalan arborikultur. Selain itu, ia turut mengupas peranan kawasan hutan bandar dalam memperkasa kawasan hijau komuniti, tanggungjawab sosial korporat (CSR) serta kepentingan dalam mengintegrasi pendidikan alam sekitar atau eko-literasi dalam kalangan komuniti.
Persidangan ini memfokuskan penglibatan penyelidik serta ahli akademik, kakitangan pihak berkuasa tempatan, badan-badan korporat, badan bukan kerajaan serta pelajar institusi pengajian tinggi.


PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri