PERTANDINGAN JOM HIJAU 2024 ANJURAN MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI
Tarikh: 02/09/2024

PERTANDINGAN JOM HIJAU 2024 ANJURAN MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) menganjurkan pertandingan Jom Hijau 2024. Penganjuran program ini bertujuan untuk mempertandingkan kawasan-kawasan landskap berdasarkan kategori dipertandingkan yang mempunyai kriteria-kriteria yang ditetapkan oleh pihak Majlis sepertimana berikut:

NILAI ESTETIKA
KONDUSIF
REKABENTUK MAMPAN
SELENGGARA BERKALA
PEMELIHARAAN ALAM SEKITAR

Sehubungan dengan itu, pihak MBIP berbesar hati menjemput semua warga Iskandar Puteri untuk menyertai Program Jom Hijau 2024 yang dianjurkan dengan mengimbas kod QR atau melalui pautan https://shorturl.at/ech76 , mengisi borang dan memuatnaik dokumen-dokumen yang berkaitan selewat-lewatnya sebelum atau pada 15 Oktober 2024.
BANDARAYA PINTAR, MAMPAN DAN SEJAHTERA

PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri