PROGRAM KELESTARIAN PENDIDIKAN LA 21 TAHUN 2024
Tarikh: 25/03/2024

PROGRAM KELESTARIAN PENDIDIKAN LA 21 TAHUN 2024

PROGRAM KELESTARIAN PENDIDIKAN LA 21 TAHUN 2024
Program Kelestarian Pendidikan LA 21 kembali lagi bagi tahun 2024. Program ini terbuka kepada sekolah-sekolah di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Iskandar Puteri. Sebanyak 113 buah sekolah Menengah, Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan dan Sekolah Agama diberi peluang untuk mengikuti program tersebut. Sehubungan dengan itu, Jabatan Kesihatan Awam, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri akan mengadakan Taklimat Pengauditan Program Kelestarian Pendidikan LA21 seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 25 Mac 2024 (Isnin)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Bilik Auditorium, Aras 1 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, Bandar Medini Iskandar
Dijemput hadir bagi menjayakan Program Kelestarian Pendidikan LA21. Pengesahan kehadiran boleh dikemukan melalui QR kod atau tekan pautan (https://forms.office.com/r/YcBd9nE0xd?origin=lprLink) berikut selewat-lewatnya 21 Mac 2024 (Khamis) sebelum jam 3.00 petang bagi tindakan pentadbiran selanjutnya. Untuk maklumat lanjut berhubung perkara ini, boleh juga menghubungi Jabatan Kesihatan Awam, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri di talian 07-5555158/5159.
Di samping itu juga, pihak Jabatan Kesihatan Awam menganjurkan beberapa program untuk tahun 2024. Program-program tersebuat adalah Pertandingan Premis Makanan & Tandas Awam Terbersih, Pertandingan Kitar Semula Sekolah-sekolah Peringkat MBIP, Pertandingan Sempena Hari Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan MBIP, Pertandingan Mewarna Poster Keselamatan, Pertandingan Cipta Lagu Keselamatan dan Pertandingan Tempat Kerja Terbaik MBIP.










PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri