Jabatan / Bahagian / Unit

Kembali
Profil Jabatan Penguatkuasaan
Latar Belakang
Bahagian Penguatkuasaan diwujudkan pada tahun 1989 dengan dianggotai seramai 6 orang di lantik sebagai pembantu penguatkuasa rendah Gred N11. Pada 2 Januari 1995 bilangan kakitangan telah ditambahkan secara berperingkat dengan jawatan pembantu penguatkuasa gred N17. Seterusnya pada awal Januari 2000, bahagian penguatkuasa telah ditambahbaik dengan penyeliaan penolong pegawai penguatkuasa N27 dengan bilangan anggota seramai 30 orang. Penstrukturan semula organisasi Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT), Bahagian Penguatkuasa telah ditempatkan dibawah pentadbiran Jabatan Khidmat Pengurusan pada 16 April 2008.

1 September 2013, Bahagian Penguatkuasa telah dinaiktaraf kepada Jabatan Penguatkuasaan dan pertukaran gred jawatan daripada N41,N32,N27,N17 kepada KP41,KP32,KP29,KP26,KP22 dan KP19. Pada tahun 22 November 2017 Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah telah diisytiharkan sebagai Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP). Dan menjelang tahun 2023, kekuatan anggota bertambah menjadi 194 anggota sehingga harini.

Hubungi kami
Tel: 07-5555 044
Faks: 07-5568007
Emel: penguatkuasa@mbip.gov.my
Aras1, Bangunan MBIP, Jalan Medini Sentral 9, Bandar Medini Iskandar, 79250, Iskandar Puteri, Johor Darul Takzim
Objektif dan Fungsi
Piagam Pelanggan
KPI
Carta Organisasi
Direktori

PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri