Jabatan / Bahagian / Unit

Kembali
Profil Jabatan Undang-undang
Latar Belakang
Jabatan Undang-undang, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri berperanan sebagai penasihat perundangan termasuk untuk mewakili dan membela Majlis Bandaraya Iskandar Puteri dalam kes-kes guaman mahkamah. Jabatan Undang-undang juga berperanan menggubal undang-undang bagi Majlis Bandaraya Iskandar Puteri mengikut, menjalankan hal-hal pendakwaan berkaitan penguatkuasaan undang-undang termasuk di bawah Akta dan Perundangan Kecil yang dikuatkuasakan, penyempurnaan dokumen perjanjian dan pengurusan kes tuntutan tunggakan sewa, cukai harta dan insurans. Selain daripada menjalankan fungsi pengurusan dan pentadbiran, Jabatan Undang-undang menjalankan lima (5) fungsi utama lain yang meliputi pendakwaan kes-kes pelanggaran undang-undang yang dikuatkuasakan oleh Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, penggubalan perundangan khususnya Undang-undang Kecil, Perintah dan Kaedah mengikut kuasa perundangan yang berkaitan, penyediaan dan penyemakan perjanjian dan memorandum persefahaman, pengurusan tuntutan sivil sama ada mengambil tindakan saman atau menguruskan kes-kes saman dengan memastikan pembelaan diuruskan dengan sempurna dan menyediakan khidmat nasihat perundangan kepada semua pemegang taruh termasuk Mesyuarat Majlis, jabatan dalaman MBIP dan penduduk yang memerlukan pandangan perundangan.
Hubungi kami
Tel: 07 - 555 5000
Faks: 07 - 556 8007
Emel: legal@mbip.gov.my
Aras 1, Bangunan MBIP, Jalan Medini Sentral 9, Bandar Medini Iskandar, 79250 Iskandar Puteri, Johor Darul Takzim
Objektif dan Fungsi
Piagam Pelanggan
KPI
Carta Organisasi
Direktori

PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri