Jabatan / Bahagian / Unit

Kembali
Profil Unit Audit Dalam
Latar Belakang
Unit Audit Dalam (UAD), Majlis Bandaraya Iskandar Puteri telah ditubuhkan pada 1 April 2009 berdasarkan Surat Kelulusan Perjawatan yang diluluskan. Pelaksanaan Unit Audit Dalam semasa penubuhannya adalah berdasarkan Pekeliling Perbendaharaan bilangan 9 Tahun 2004 dan kini telah diganti dengan Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PS 3.1. dan 3.2. Audit Dalam adalah satu fungsi bebas yang diwujudkan untuk membantu menambah nilai dan meningkatkan operasi organisasi dalam mencapai tujuan dan objektif yang telah ditetapkan. Bagi melaksanakan peranannya selaras dengan maksud yang digariskan dalam PS 3.1. dan 3.2., Audit Dalam telah diberikan penurunan kuasa di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) dan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133). Kesemua penemuan dan pemerhatian audit akan dilaporkan terus kepada Ketua Eksekutif (Datuk Bandar).
Hubungi kami
Tel: 07 – 555 5081/ 5099
Faks: 07 – 554 3691
Aras 4, Bangunan MBIP, Jalan Medini Sentral 9, 79250 Iskandar Puteri, Johor Darul Takzim
Objektif dan Fungsi
Piagam Pelanggan
KPI
Carta Organisasi
Direktori

PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri