Jabatan / Bahagian / Unit

Kembali
Profil Unit Pusat Sehenti (OSC)
Latar Belakang
Unit Pusat Sehenti (OSC) diwujudkan bagi memastikan perlaksanaan penambahbaikan sistem penyampaian dapat dilaksanakan dengan lebih efisien dan komprehensif demi meningkatkan kecekapan perkhidmatan awam serta meransang pertumbuhan ekonomi Negara. Pelaksanaan Pusat Sehenti ini adalah sebagai hala cara baru bagi memendekkan tempoh masa bagi kelulusan pembangunan tanah sebagai alternatif bagi mempercepatkan proses kelulusan tanah dan secara langsung dapat meningkatkan sistem penyampaian prosedur dan proses cadangan pemajuan tanah di peringkat PBT ke arah menzahirkan perkhidmatan yang menyeluruh, cepat dan tepat serta memenuhi kehendak orang ramai.

Pusat Sehenti ini akan menerima dan memproses permohonan pembangunan tanah (Seksyen 124A dan 204D KTN), manakala bagi Negeri Johor di bawah Seksyen 197(1) iaitu Serahan Balik Kurnia Semula (SBKS). Selain itu, fungsi OSC adalah bagi memproses pelan kebenaran merancang dan pelan bangunan secara serentak iaitu Pelan Kebenaran Merancang, Pelan Kebenaran Merancang Pembinaan, Pelan Jalan, Kerja Tanah & Perparitan, Pelan Lampu Jalan (M&E) serta Pelan Landskap.

Hubungi kami
Tel: 07-5555803 / 07-5555008
Faks:
Emel: osc@mbip.gov.my
Aras G, Bangunan MBIP, Jalan Medini Sentral 9, Bandar Medini Iskandar, 79250 Iskandar Puteri, Johor Darul Takzim
Objektif dan Fungsi
Piagam Pelanggan
KPI
Carta Organisasi
Direktori

PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri