Jabatan / Bahagian / Unit

Kembali
Profil Unit Bandar Pintar (Smart City)
Latar Belakang
Unit Bandar Pintar MBIP berperanan untuk merangka, memandu arah, melaksanakan dan memudahcara perancangan dan pembangunan bandar pintar bagi Majlis Bandaraya Iskandar Puteri. Ianya berhasrat untuk mentransformasi persekitaran fizikal dan pengurusan Iskandar Puteri melalui teknologi. Ianya perlu menekankan aplikasi smart solution dalam menangani isu dan cabaran perbandaran dan menyumbang kepada pencapaian visi MBIP sebagai sebuah Bandar Raya Pintar yang mampan dan sejahtera menjelang tahun 2035.

Berdasarkan kepada Blueprint Bandar Pintar Negeri Johor 2030, Unit Bandar Pintar perlu ditubuhkan sebagai penggerak kepada bandar pintar di peringkat tempatan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang mana ianya berperanan sebagai unit khusus bagi merancang, menyelaras dan memantau perancangan dan perlaksanaan bandar pintar. Unit ini diletakkan di bawah seliaan Datuk Bandar. Penubuhan Unit Bandar Pintar MBIP bertujuan untuk memastikan aspirasi Negeri Johor untuk menjadi sebuah negeri pintar menjelang 2030 tercapai dan menjadikan MBIP bersedia dengan pendekatan dan penyelesaian pintar berasaskan teknologi yang akan memanfaatkan rakyat ke arah meningkatkan kualiti hidup dan dalam masa yang sama mengatasi cabaran perbandaran.

Unit ini juga berperanan untuk memastikan perkembangan Revolusi Industri 4.0 (4IR) dan teknologi maklumat & komunikasi (ICT) seperti Internet of Thing (IoT), Big Data Analytic, Artificial Intelligence (AI), Teknologi 5G, Sistem Maklumat Geografi (GIS) dan robotik melalui perkongsian data masa sebenar dapat memberi keputusan dengan lebih tepat berasaskan data driven decision making bagi membantu di dalam mengatasi cabaran perbandaran melalui penyelesaian pintar.
Objektif dan Fungsi
Piagam Pelanggan
KPI
Carta Organisasi
Direktori

PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri