Jabatan / Bahagian / Unit

Kembali
Profil Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta
Latar Belakang
Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta mempunyai seramai 103 orang kakitangan. Diketuai oleh seorang Pegawai Penilaian (Pengarah Jabatan) dan dibantu oleh 4 orang Pegawai Penilaian. Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta terbahagi kepada 9 unit iaitu Unit Penilaian, Unit Senarai Nilaian, Unit Pembangunan Tanah, Unit Cukai Harta, Unit Pentadbiran, Unit Sewaan, Unit Keselamatan, Unit Pengurusan Fasiliti Bangunan dan Unit Penyelenggaraan.

Terdapat 32 orang kakitangan yang terlibat di dalam Unit Penilaian dan Unit Senarai Nilaian. Bagi Unit Penilaian, kerja-kerja yang dilaksanakan adalah seperti pengurusan penilaian pindaan kepada senarai nilaian, penilaian am semula dan pengurusan berkaitan kes-kes bantahan nilaian. Manakala, di Unit Senarai Nilaian, kerja yang dilaksanakan adalah pengurusan penilaian caruman membantu kadar, permohonan remisi dan juga pengurusan permohonan pindahmilik Borang I/J bagi pertukaran nama. Seterusnya, di Unit Pembangunan Tanah dan Unit Cukai Harta mempunyai seramai 12 orang kakitangan. Di Unit Pentadbiran pula seramai 11 orang kakitangan yang terlibat bagi kerja-kerja pentadbiran.

Di Unit Sewaan, kerja-kerja yang dilaksanakan adalah berkaitan pengurusan sewaan seperti sewaan gerai/ pasar/ pejabat/ bengkel/ arked/ rumah kedai/ padang/ dewan majlis, kutipan tunggakan sewaan dan menguruskan hal-hal penswastaan bagi harta-harta majlis iaitu terdapat seramai 14 orang kakitangan sahaja. Bagi Unit keselamatan terdapat seramai 7 orang kakitangan adalah menjalankan kerja-kerja seperti pengurusan keselamatan harta-harta majlis. Disamping itu, manakala Unit Pengurusan Fasiliti pula, menjalankan pengurusan fasiliti bangunan-bangunan majlis dan insurans harta-harta majlis serta melakukan pemantauan/pematuhan piawaian prestasi penyelenggaraan bangunan iaitu terdapat seramai 4 orang kakitangan yang melaksanakan tugas-tugas tersebut. Di Unit Penyelenggaraan pula, seramai 23 orang kakitangan yang menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan harta-harta Majlis dan menguruskan kebersihan bangunan-bangunan majlis.

Di Unit Pentadbiran, kerja-kerja yang dilaksanakan adalah seperti urusan pentadbiran, urusan kewangan, sumber manusia serta pengurusan sistem kualiti jabatan.
Hubungi kami
Tel: 07-55555816
Faks: -
Emel:
i. Penilaian Harta : penilaian@mbip.gov.my
ii. Pengurusan Harta : pengurusan@mbip.gov.my
iii. Unit Cukai Harta : cukai@mbip.gov.my
Aras 3, Bangunan MBIP, Jalan Medini Sentral 9, Bandar Medini Iskandar, 79250 Iskandar Puteri, Johor Darul Takzim
Objektif dan Fungsi
Piagam Pelanggan
KPI
Carta Organisasi
Direktori

PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri