Jabatan / Bahagian / Unit

Kembali
Profil Jabatan Perancangan Pembangunan
Latar Belakang
Jabatan Perancangan Pembangunan berperanan dalam melaksanakan aktiviti perancangan, pengawalan dan pengawasan pembangunan di dalam kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP).

Tanggungjawab dalam merancang, mengatur dan mengawal pembangunan adalah tertakluk kepada undang-undang perancangan iaitu Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), garis panduan serta polisi perancangan yang digubal di bawahnya.

Jabatan Perancangan Pembangunan telah diwujudkan bermula tahun 1993 dikenali sebagai Jabatan Perancang Bandar dan Landskap yang diketuai oleh seorang Pegawai Perancang Bandar dan lebih menumpukan kepada bidang perancangan pembangunan dan perancangan landskap di kawasan Majlis Daerah Johor Bahru Tengah (MDJBT) ketika itu.

Walaubagaimanapun pada tahun 2001 setelah MDJBT dinaiktaraf menjadi perbandaran iaitu MPJBT, Jabatan Perancang Bandar dan Landskap telah dipecahkan kepada dua jabatan yang berasingan iaitu Jabatan Perancang Bandar dan Jabatan Lanskap. Hal ini bertujuan bagi memberikan tanggungjawab penuh dalam perancangan pembangunan, manakala bagi perancangan landskap hanya terlibat secara sampingan terutamanya dalam menyemak dan memberi ulasan sokongan kepada kelulusan pelan landskap.

Pada tahun 2012, tanggungjawab kepada perancangan pembangunan di kawasan Iskandar Malaysia telah semakin berkembang pesat dan hal ini menyebabkan Jabatan Perancang Bandar telah dinaiktaraf dan menukar nama jabatan kepada Jabatan Perancangan Pembangunan.
Hubungi kami
Tel: 07-5555000 / 07 5555149
Faks:
Emel:
perancang@mbip.gov.my
Aras 7, Bangunan MBIP, Jalan Medini Sentral 9, Bandar Medini Iskandar, 79250 Iskandar Puteri, Johor Darul Takzim
Objektif dan Fungsi
Piagam Pelanggan
KPI
Carta Organisasi
Direktori

PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri