Peringkat 3 : PEMANTAUAN

Pemantauan penting untuk mengukur keberkesanan usaha tindakan iklim di MBIP, ia memastikan langkah-langkah yang diambil memberi impak positif terhadap pengurangan gas rumah hijau dan memenuhi matlamat kelestarian alam sekitar.

Oleh itu, MBIP memantau perubahan pelepasan Gas Rumah Hijau (GHG) melalui Inventori GHG yang dijalankan secara berkala. Serta memerhati impak pelaksanaan setiap inisiatif (program / projek) yang dijalankan bagi memastikan kesannya terhadap alam sekitar.


INVENTORI PELEPASAN GAS RUMAH KACA (GHG) MBIP

Kajian Inventori Pelepasan Gas Rumah Kaca (GHG) di MBIP penting untuk mengukur dan memahami jumlah serta jenis gas rumah kaca yang dilepaskan terdiri daripada Sektor Tenaga, Sektor Proses Industri dan Penggunaan Produk (IPPU), Sektor Pertanian, Sektor Guna Tanah, Perubahan Guna Tanah dan Perhutanan (LULUCF) dan Sektor Sisa di kawasan MBIP.

Inventori GHG ini melibatkan Kawasan Iskandar Malaysia yang merangkumi lima (5) buah PBT iaitu Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG), Majlis Perbandaran Kulai (MPKu), dan Majlis Daerah Pontian. Kajian ini telah dilaksanakan oleh pihak IRDA untuk tahun 2015 sehingga tahun 2019.

Dengan membangunkan inventori GHG ini, setiap PBT dalam Kawasan Iskandar Malaysia boleh menganggar dan mengenalpasti sumber pelepasan, menganalisis dan menganggarkan pelepasan GHG pada masa akan datang. Inventori GHG juga boleh membantu dalam mengukur faedah aktiviti yang mengurangkan pelepasan dan juga menetapkan matlamat atau sasaran untuk pengurangan GHG masa hadapan.

Screenshot_2024-05-08_150633.png

JUMLAH PELEPASAN GAS RUMAH KACA DI MBIP

Screenshot_2024-05-08_150807.png

IMPAK KESELURUHAN INISIATIF IKLIM

Screenshot_2024-05-08_150818.png

PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri