Peringkat 1: POLISI

Polisi adalah penting dalam framework tindakan iklim kerana ia membentuk asas dasar dan strategi untuk menggerakkan usaha-usaha mengurangkan impak perubahan iklim. Melalui penyediaan dasar yang kukuh, sasaran dan langkah-langkah spesifik dapat ditetapkan untuk mengarahkan pembangunan rendah karbon dan memperkukuhkan komitmen terhadap kelestarian alam sekitar. Antara polisi yang digunapakai yang telah oleh MBIP adalah:

polisi.png


PELAN TINDAKAN IKLIM ISKANDAR PUTERI 2030


MBIP merupakan ahli di bawah rangkaian global iaitu Global Covenant of Mayors (GCOM) di bawah European Union (EU) sejak tahun 2022 dan dipilih sebagai salah satu bandar perintis untuk membangunkan Pelan Tindakan Iklim Iskandar Puteri 2030. Pelan Tindakan Iklim Iskandar Puteri 2030 bertujuan untuk menangani isu perubahan iklim yang semakin serius dengan sasaran pengurangan intensiti karbon 63% menjelang 2030 untuk merancang persekitaran yang lebih baik dengan mengambil kira perancangan mitigasi dan adaptasi bagi manfaat penduduk setempat secara lebih menyeluruh. Pelan Tindakan ini merangkumi (5) lima tema dan 41 pelan tindakan yang telah ditetapkan.

polisi_2.png

SASARAN MITIGASI DAN ADAPTASI


Selain itu, dalam Pelan Tindakan Iklim Iskandar Puteri terdapat sasaran mitigasi dan adaptasi yang telah ditetapkan untuk Majlis Bandaraya Iskandar Puteri capai iaitu sasaran pengurangan intensiti karbon 63% menjelang 2030 (mitigasi) dan tiga (3) sasaran adaptasi iaitu peningkatan daya tahan bagi mengatasi banjir, pengurangan bilangan kes denggi dan meningkatkan penanaman landskap bagi mengurangi gelombang haba di Iskandar Puteri.

POLISI_3.png


PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri