Kemudahan Awam & Tempahan

Kembali
HUTAN BANDAR MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI, TAMAN MUTIARA RINI, SKUDAI, JOHOR

LATAR BELAKANG HUTAN BANDAR MBIP MUTIARA RINI


Hutan Bandar MBIP Mutiara Rini merupakan salah sebuah taman awam berkeluasan 62 ekar dan menjadi salah sebuah kawasan rekreasi tumpuan di dalam kawasan MBIP sama ada untuk aktiviti berkumpulan, keluarga dan orang perseorangan.

Mula dibangunkan sekitar tahun 2001 yang pada awalnya dimajukan oleh Mutiara Rini Sdn. Bhd. dengan kerjasama FRIM yang berperanan membangunkan kawasan arboretum, kini Hutan Bandar MBIP giat dibangunkan dan dilengkapkan dengan kemudahan rekreasi bermula pada tahun 2008 setelah diserahkan sepenuhnya kepada MBIP untuk tujuan pembangunan dan penyelenggaraan. Sehingga kini, Hutan Bandar ini masih dibangunkan secara berperingkat mengikut fasa pembangunan bersesuaian dengan keperluan semasa.

Lokasinya yang strategik, terletak di tengah-tengah kawasan pembangunan Taman Mutiara Rini dan bersebelahan dengan laluan utama ke Gelang Patah dan Iskandar Puteri, ianya bukan sahaja menjadi tumpuan penduduk di Taman Mutiara Rini sahaja, malahan menjadi tumpuan penduduk di sekitarnya iaitu Taman Mutiara Mas, Taman Mutiara Bestari, Taman Universiti, Taman Sri Orkid, Taman Skudai Baru, Taman Mutiara Maju dan Taman Mutiara Utama malahan menjadi daya tarikan utama kawasan rekreasi dalam di kawasan pentadbiran MBIP.

Pada masa kini, Hutan Bandar MBIP Mutiara Rini telah dilengkapkan dengan kemudahan rekreasi yang lebih selesa melalui pembangunan yang lebih terancang. Keunikan hutannya yang menempatkan koleksi tidak kurang daripada 200 spesis pokok hutan yang ditanam di dalam kawasan seluas 20 ekar dimana terdapat kira-kira 5000 pokok Hutan Hujan Tropika dan pokok nadir. Kawasan arboretum ini menjadi salah satu daya tarikan kepada penduduk bukan sahaja untuk tujuan rekreasi malahan untuk tujuan pembelajaran dan kajian tentang khazanah semulajadi negara.

Bersesuaian dengan peranan MBIP sebagai sebuah pihak berkuasa tempatan yang mempunyai visi untuk mewujudkan sebuah pembangunan yang terancang, indah dan sejahtera, adalah diharapkan pembangunan Hutan Bandar MBIP dapat memberikan kemudahan rekreasi berkualiti kepada penduduk di dalam kawasan pentadbirannya di samping meningkatkan mutu persekitaran.



Alamat Jalan Persiaran Mutiara Mas, Taman Seri Orkid, 81300 Johor Bahru
Keluasan 64 Ekar
Kapasiti 10000 orang
Kemudahan Dataran Sekapur Sireh
Padang
2 Taman Permainan Kanak-Kanak
Central Plaza
Trek Kereta Kawalan Jauh
Gymnasium Muafakat Johor
Alatan Senaman dan Outdoor Gym
Pejabat Hutan Bandar & Bilik Seminar
Bengkel Penyelenggaraan
23 Plot-Plot PBT dan Negeri
Tasik Buatan
Surau
Tapak Perkhemahan (50 Khemah)
Pentas Terapung
Gelanggang Futsal Berbumbung (3 Gelanggang)
Gelanggang Paintball
Kemudahan Tempat Letak Kereta 175 lot

hutan_bandar2.jpg


DATARAN SEKAPUR SIREH

Kapasiti 3000 orang
Tandas Lelaki 8 unit
Tandas Perempuan 6 unit
Tandas OKU 2 unit
Tandas VIP 2 unit


taman_hutan_bandar.jpg

2 TAMAN PERMAINAN

Kapasiti300 orang
Tandas Lelaki2 unit
Tandas Perempuan2 unit
Tandas OKU1 unit

CENTRAL PLAZA

Kapasiti1000 Orang
Keluasan0.73 Ekar

surau_hutan_bandar.png

Surau

Surau Lelaki1 Unit
Surau Perempuan1 Unit
Kapasiti30 Orang



tapak_kem_hutan_bandar.png

TAPAK PERKHEMAHAN

Kapasiti50 Khemah

TREK KERETA KAWALAN JAUH

Keluasan0.5 Ekar


paintball_hutan_bandar.png

GELANGGANG PAINTBALL

Keluasan0.6 Ekar



PENTAS_TERAPUNG_HUTAN_BANDAR.png

PENTAS TERAPUNG

Keluasan230 Meterpersegi
Kapasiti50 Orang

Kemudahan

Dataran Sekapur Sireh, Padang, Tasik, Gymnasium, Taman Permainan, Central Plaza, Surau, Tapak Perkhemahan, Trek Kereta Kawalan Jauh, Gelanggang Paintball, Pentas Terapung

KADAR SEWA GELANGGANG DAN FASILITI

RATE_SEWA_GELANGGANG_DAN_DEWAN.JPG

KADAR SEWA DEWAN DAN FASILITI

SEWA_PERALATAN_DEWAN.JPG

KADAR SEWA HUTAN BANDARA MUTIARA RINI

Screenshot_2024-04-02_091103.png

TERMA DAN SYARAT BAYARAN ATAS TALIAN

SYARAT-SYARAT PENYEWAAN DEWAN / GELANGGANG

MANUAL PENGGUNA SEWAAN DEWAN BANDARAYA ISKANDAR PUTERI

PENGGUNAAN DEWAN/GELANGGANG

BUAT TEMPAHAN

  • Tempahan dewan adalah dibenarkan 6 bulan lebih awal dari tarikh sebenar penggunaan (rujuk Jadual Tempahan Dewan).


Tempahan Dibuka

Tarikh Penggunaan

Januari

Jun

Feb

Julai

Mac

Ogos

April

September

Mei

Oktober

Jun

November

Julai

Disember

Ogos

Januari

September

Feb

Oktober

Mac

November

April

Disember

Mei

  • Tempahan dewan/gelanggang dikira sah selepas bayaran penuh dibuat.
  • Resit bayaran tempahan hendaklah dibawa bersama dan mengemukakan kepada kakitangan MBIP di dewan.
  • Resit bayaran hendaklah disimpan bagi tujuan tuntutan wang deposit.
  • Pembatalan tempahan dewan hanya boleh dibuat 1 bulan sebelum tarikh penggunaan.
  • Tuntutan wang deposit hanya boleh dibuat sekiranya penyewa tidak melanggar sebarang syarat penyewaan dewan/gelanggang MBIP (rujuk Syarat-Syarat Penyewaan).

PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri