Penguatkuasaan

Perkhidmatan

MASA URUSAN

AHAD-ISNIN


WAKTU REHAT

: 08.30 PAGI – 04.00 PETANG

: 01.00 PETANG – 02.00 PETANG

ALAMAT TUNTUTAN KENDERAAN

URUSAN DOKUMENTASI;

JABATAN PENGUATKUASAAN MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI.


URUSAN TUNTUTAN KENDERAAN;

  • DEPO KENDERAAN TAMAN IMPIAN EMAS, SKUDAI.
  • DEPO SIMPANAN TAMAN DAMAI JAYA, SKUDAI

TELEFON

07-5555000


MAKLUMAT TEMPAT LETAK KERETA DI MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI (MBIP)

BIL

SOALAN

JAWAPAN

1.

Jumlah petak keseluruhan

30,325

2.

Masa Operasi

Hari Sabtu hingga Khamis

8.00 pagi hingga 5.00 petang

3.

Kadar harga per jam

1/2 Jam RM0.40

1 Jam RM0.60

4.

Kadar pas bulanan

RM100.00 sebulan (minima 90 hari)

5.

Kadar sewa petak khas

RM100.00 sebulan (minima 180 hari)

6.

Kaedah bayaran Tempat Letak Kereta (TLK) sekarang

Kaunter di Medini, Wisma Skudai, UTC, Perling, kaunter bergerak, dan atas talian melalui e-Khidmat

(Kaedah pembayaran atas talian untuk kompaun sahaja)

7.

Kadar caj kompaun (Kereta, Motor, dll)

Bermula RM30.00 hingga RM100.00

(Caj kompaun mengikut kesalahan)


Maklumat Am

Jabatan Penguatkuasaan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah melaksanakan program transformasi penguatkuasaan dengan berkonsepkan Smart Enforcement sebagaimana berikut:

  • Smart Parking
  • Smart Enforcement
  • Handheld
  • Body cam
  • Kenderaan EV


SKUAD-SKUAD JABATAN PENGUATKUASAAN MBIP:

  1. Skuad Hero MBIP
      • Skuad hero MBIP telah dilancarkan pada 2 Julai 2022 oleh YB Tuan Mohd Hairi bin Mad Shah, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor. Objektif utama pelancaran skuad hero adalah menjadikan kebersihan Negeri Johor berada di tahap terbaik sempena Program Johor Bersih. Elemen-elemen yang dititikberatkan oleh Skuad Hero adalah termasuk:

a. Pembersihan longkang, parit dan sungai

b. Pemotongan rumput

c. Pengindahan landskap

d. Pengurusan sisa pepejal

e. Aspek keselamatan di pusat bandar


Skuad hero juga bekerjasama dengan semua pihak termasuk komuniti setempat, agensi-agensi kerajaan, pemegang taruh dan sebagainya dalam memastikan program Johor Bersih lebih efisien.


2. Skuad Anti Litter MBIP

      • Skuad Anti Litter MBIP telah dilancarkan semasa pelancaran Majlis Perasmian Larangan dan Penguatkuasaan bagi Pembuangan Sampah Kecil di Tempat Awam di dalam Kawasan Pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Johor pada 23 Oktober 2023 oleh Yang Amat Berhormat Datuk Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor. Objektif penubuhan Skuad Anti Litter MBIP adalah untuk membuat tindakan penguatkuasaan pembuangan sampah kecil di kawasan pentadbiran MBIP.


3. Skuad Bencana MBIP

      • Skuad Bencana Jabatan Penguatkuasaan MBIP ditubuhkan oleh Pengarah Penguatkuasaan, YM Raja Abu Bakar bin Raja Yahya bertindak sebagai sokongan dalam melaksanakan tindakan bantuan termasuk sokongan terhadap aduan-aduan awam yang bersifat kecemasan dan kejadian bencana alam di kawasan pentadbiran MBIP. Skuad bencana mempunyai kekuatan seramai 30 anggota dan terbahagi kepada dua (2) zon iaitu Zon Skudai dan Zon Iskandar Puteri. Skuad ini sentiasa bersiap siaga untuk memberikan khidmat bantuan tenaga anggota, bangunan, kenderaan, logistik dan lain-lain.


AKTA DAN UNDANG-UNDANG KECIL YANG DIGUNA PAKAI JABATAN PENGUATKUASAAN

AKTA:

    • Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974
    • Akta Kerajaan Tempatan 1976

UNDANG-UNDANG KECIL:

    • Undang-undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MBIP) 2018 kecuali kuasa-kuasa meluluskan lesen;
    • Undang-undang Kecil Iklan (MDJBT) 1982 kecuali kuasa-kuasa meluluskan lesen;
    • Undang-undang Kecil Pasar-Pasar (MDJBT) 1982 kecuali kuasa-kuasa meluluskan lesen;
    • Undang-undang Kecil Penjaja (MBIP) 2020 kecuali kuasa-kuasa meluluskan lesen;
    • Undang-undang Kecil Pengendalian Makanan (MDJBT) 1987;
    • Undang-undang Kecil Taman (MDJBT) 1987;
    • Undang-undang Kecil Gunting Rambut dan Pendandan Rambut (MDJBT) 1989 kecuali kuasa-kuasa meluluskan lesen;
    • Undang-undang Kecil Iklan Pilihanraya (MDJBT) 1990 kecuali kuasa-kuasa mengeluarkan permit;
    • Undang-undang Kecil Pelesenan Tempat Letak Kereta Persendirian (MDJBT) 1988 kecuali kuasa-kuasa meluluskan lesen;
    • Undang-undang Kecil Pelesenan Anjing (MDJBT) 1991 kecuali kuasa-kuasa meluluskan lesen;
    • Undang-undang Kecil Haiwan Merayau (MDJBT) 1995 kecuali kuasa-kuasa meluluskan lesen;
    • Undang-undang Kecil Vandalisme (MPJBT) 2012;
    • Undang-undang Kecil Tandas Awam (MBIP) 2018;
    • Undang-undang Kecil Pasar Malam/Sehari (MPJBT) 2003 kecuali kuasa-kuasa meluluskan lesen;
    • Undang-undang Kecil Mengkompaun Kesalahan-kesalahan Kerajaan Tempatan (MPJBT) 2011 (tertakluk kepada kuasa mengeluarkan kompaun di bawah Akta dan Undang-undang Kecil yang dikuatkuasakan di bawahnya);
    • Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1986;
    • Undang-undang Kecil Kerja Tanah (MDJBT) 1995;
    • Undang-undang Kecil Mendapatkan Tunggakan (MPJBT) 2004;
    • Undang-undang Kecil Mengkompaun Kesalahan-kesalahan Jalan, Parit dan Bangunan (MPJBT) 2011 (tertakluk kepada kuasa mengeluarkan kompaun di bawah Akta dan Undang-undang Kecil yang dikuatkuasakan di bawahnya);
    • Perintah Lalulintas Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta) MPJBT 2003; dan
    • Perintah Pengangkutan Jalan (Larangan Penggunaan Jalan) (MPJBT) 2004.


TATACARA PENGENDALIAN STANDARD (SOP)

Jabatan Penguatkuasaan mempunyai beberapa tatacara pengendalian standarad (SOP) ketika membuat tindakan penguatkuasaan.


Sejurus menerima arahan/aduan, anggota penguat kuasa terus menjalankan siasatan di lokasi yang berkenaan. Sekiranya aduan adalah benar, pengeluaran notis amaran akan dilakukan oleh anggota penguat kuasa. Tindakan susulan akan dibuat sekiranya notis amaran telah tamat tempoh.


Sehubungan dengan itu, sekiranya pelaku masih lagi melakukan kesalahan yang sama, notis kompaun akan dikeluarkan oleh anggota penguat kuasa. Kes akan selesai sekiranya pelaku mematuhi notis amaran manakala tindakan sitaan/tindakan mahkamah akan dijalankan sekiranya pelaku masih lagi berdegil dan tidak mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan.


TUNTUTAN KE ATAS KENDERAAN YANG DITUNDA


CAJ HALANGAN, KOMPAUN, PEMINDAHAN DAN PENAHANAN BAGI PERALATAN PERNIAGAAN, KENDERAAN BURUK DAN TERBIAR DI BAWAH AKTA JALAN, PARIT DAN BANGUNAN 1974 AKTA 133 SEKSYEN (46) (d) (e)


BIL

PERKARA

CAJ

KOMPAUN

(RM)

CAJ PENGALIHAN/TUNDA

(RM)

CAJ PENAHANAN (RM)

1

Peralatan Perniagaan

500.00

HINGGA

2,000.00

100.00

10.00/HARI

2

Kenderaan Buruk Dan Terbiar:

  • MOTOSIKAL / RODA 3

100.00

  • KERETA / VAN

150.00

  • BAS / LORI / TRELER / KONTENA

1200.00

30.00/HARI


CAJ HALANGAN, KOMPAUN, PEMINDAHAN DAN PENAHANAN BAGI PERALATAN PERNIAGAAN, UNDANG-UNDANG KECIL PENJAJA

BIL.

PERKARA

CAJ KOMPAUN

(RM)

CAJ PENGALIHAN/TUNDA

(RM)

CAJ PENAHANAN

(RM)

1

Peralatan perniagaan (pelbagai)

250.00 hingga 500.00

50.00

1-7 hari pertama

(10.00/hari)

Ke-8 hari dan seterusnya

(20.00/hari)


CAJ PEMINDAHAN DAN PENAHANAN BAGI SITAAN PERALATAN PERNIAGAAN, KENDERAAN BURUK DAN TERBIAR

BIL.

TINDAKAN (KALI)

TEMPOH TAHANAN

KADAR KOMPAUN (RM)

1

Pertama

07 Hari

500.00

2

Kedua

14 Hari

1,000.00

3

Ketiga

21 Hari

1,500.00

4

Keempat

30 Hari

2,000.00


CAJ HALANGAN, KOMPAUN, PEMINDAHAN DAN PENAHANAN BAGI KENDERAAN BERGERAK


BIL. PERKARA CAJ KOMPAUN (RM) CAJ TUNDA (RM) CAJ PENAHANAN (RM)
1 KENDERAAN BERGERAK: 250.00 HINGGA 500.00 10.00/HARI
MOTOSIKAL / RODA 3 150.00
KERETA / VAN
LORI BAWAH 3 TAN 250.00
LORI 3 TAN HINGGA 8 TAN 800.00
30.00/HARI
LORI LEBIH 8 TAN / BAS / TRELLER 1200.00


Pengurangan secara automatik akan diberikan mengikut jadual pembayaran kompaun seperti berikut;


BIL.

TEMPOH

PENGURANGAN

CATATAN

1

1 HINGGA 14 HARI

50%

TEMPOH DIKIRA DARI TARIKH KOMPAUN DIKELUARKAN

2

15 HINGGA 30 HARI

30%

3

MELEBIHI 30 HARI

SEBAGAIMANA NILAI KOMPAUN YANG DIKENAKAN


Sekiranya tuntutan tidak dibuat dalam tempoh 3 Bulan maka Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri boleh melupuskan barang-barang / kenderaan yang disita mengikut Seksyen 116 Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.


Dokumen Bagi Tuntutan Kenderaan

    • Kad pendaftaran asal kenderaan.
    • Cover Note (insurans) asal kenderaan.
    • Wakil – bawa surat perwakilan dari pemilik dan salinan kad pengenalan pemilik
    • Mengisi borang akuan menuntut kenderaan


Sekiranya Tiada Dokumen

    • Salinan kad pendaftaran atau cover note (insurans)
    • Surat akuan Sumpah dari Pesuruhjaya Sumpah
    • Mengisi borang akuan menuntut kenderaan
    • Surat pengakuan / aku janji melepaskan hak pemilikan


Pemilik kenderaan yang hendak melepaskan hak pemilikan

  • Surat pengakuan / aku janji melepaskan hak pemilikan
zon_parking_mbip.jpg


CARA UNTUK MENGGUNAKAN PARKMAX@JOHOR


parkmax1.jpg

parkmax2.jpg


parkmax3.jpg


parkmax4.jpg

PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri