SMART MOBILITY


Smart Mobility merujuk kepada penggunaan kenderaan yang pelbagai seperti pengangkutan awam dengan jadual yang teratur dan pendigitalan tiket, perkongsian kereta, memanfaatkan laluan basikal dan pelbagai lagi. Dalam konteks Smart Mobility, MBIP telah menyediakan beberapa mod dan kemudahan seperti pencahayaan papan tanda menggunakan tenaga solar dan pencahayaan laluan basikal serta penyediaan tempat letak kenderaan EV (Electric Vehicles). Lorong basikal di kawasan MBIP dilengkapi dengan pencahayaan berwarna biru sepanjang 35km bagi memudahkan pengguna menggunakan laluan tersebut terutama pada waktu malam

Selain itu, MBIP juga telah mengenalpasti dan menyediakan sebanyak 57 stesen pengecasan kenderaan EV bagi menggalakkan lagi penggunaan kenderaan EV dan memudahkan pengguna menggunakan kemudahan di Kawasan MBIP


SMART PARKING

Mulai 1 April 2024 secara rasminya aplikasi ParkMax@MBIP boleh dimuat turun daripada Google Playstore dan Apple Appstore.

Anda semua dijemput untuk memuat turun ParkMax@MBIP ini secara percuma.

Kini, lebih mudah untuk membuat pembayaran caj tempat letak kenderaan anda dengan aplikasi ParkMax@MBIP!

Pembelian e-kupon serta semak dan kemaskini status baki kini boleh dilakukan di mana-mana sahaja, setiap masa, di hujung jari anda!

Muat turun ParkMax@MBIP hari ini juga!


BANNER_MBIP_(1)_(1)1.jpg



PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri