SMART PEOPLE


Dalam usaha melahirkan lebih banyak generasi yang Celik IT, MBIP komited dalam melaksanakan elemen Smart People dengan menyediakan Zon Robotik dan Drone Iskandar bersama Iskandar Investment Berhad. Pusat yang lebih dikenali DRZ ini terletak di Kawasan Medini, Iskandar Puteri menawarkan dan memberi peluang kepada Masyarakat terutama golongan pelajar untuk mempelajari bidang robotic dan drone melalui kaedah pengekodan, sesi taklimat dan aktiviti amali.


Link pautan: Iskandar Investment


MBIP juga turut bekerjasama dengan rakan strategik iaitu Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Pihak Berkuasa Pembangunan Wilayah Iskandar (IRDA), Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) dan SWM Environment Sdn Bhd dalam membangunkan satu sistem Pendidikan Kelestarian Johor untuk memupuk dan memberi kesedaran awal kepada warga pendidik dan pelajar sekolah di negeri Johor dalam menitikberatkan amalan kitar semula serta gaya hidup rendah karbon.


Link pautan: Kelestarian Johor (pendidikankelestarianjohor.edu.my)

PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri