MENU

JOHOR BAHRU 23 Nov. - Biro Pengaduan Awam (BPA) akan membuka kaunter aduan bergerak di Aras 2, Plaza Angsana, Bandar Baru Uda di sini.

Menurut BPA dalam satu kenyataan hari ini, kaunter itu dibuka mulai pukul 11 pagi hingga 7 petang.

Justeru, orang ramai berpeluang berjumpa dengan para pegawai BPA untuk mengemuka dan membincangkan aduan mereka.

Orang ramai diingatkan supaya membawa kad pengenalan serta dokumen sokongan untuk memudahkan urusan aduan itu diuruskan.

Selain itu, orang ramai juga boleh menyampai aduan mereka sama ada datang sendiri atau melalui surat kepada Biro Pengaduan Awam negeri Johor, Jabatan Perdana Menteri, Tingkat 21, Komtar, Jalan Wong Ah Fook, 80505 Johor Bahru.

Sumber : Utusan